DAP MAHU AZMIN AMBIL TINDAKAN TERHADAP 4 EXCO PAS YANG DIANGGAPNYA SEBAGAI PENGKHIANAT KEPADA PR.
DAP yang telah menyokong pelantikan Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mahu Azmin bertindak memecat empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS yang dianggapnya sebagai pengkhianat kepada Pakatan Rakyat.
DAP juga berasa kesal dengan pengkhianatan empat orang ahli exco Selangor PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas MB yang kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor.
Masing-masing kini dah takde persefahaman lagi dah. Anwar dah berkerat rotan dengan PAS bila ‘cilok’ 2 ADUNnya untuk lawan keputusan Majlis Syura dengan menyokong pencalonan Azizah. DAP pun dah hilang kepercayaan kepada PAS bila 4 Exco Selangor dari parti itu kekal bersama Khalid dan ini bukanlah suatu yang pelik kerana DAP dengan PAS memang umpama retak menanti belah, tunggu masa nak berderai, bukan nak pecah lagi dah.
Sebelum ini seorang pemimpin DAP Tony Phua menggelar Presiden Pas sebagai Nyanyuk.
Tony Phua berkata demikian apabila Haji Hadi membuat kenyataan dalam Muktamar bahawa beliau tidak mahu membawa Pas masuk neraka jika mengikut telunjuk Anwar Ibrahim dalam isu jawatan MB Selangor.
DAP mahu MB Selangor yang baru Azmin Ali memberi laluan kepada dua Adun Pas iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang dianggap barua dan pengkhianat kepada Pas oleh Haji Hadi dipertimbangkan
Menurut penganalisis pelantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baharu sekaligus menguburkan perancangan dan langkah Kajang yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
1) Adakah Azmin Ali juga akan menerima nasib yang sama dengan Tan Sri Khalid apabila beliau menerima jawatan MB yang sudah pasti dilihat mengingkari arahan parti?
2) Adakah mampu Azmin Ali mengekalkan prestasi cemerlang Tan Sri Khalid dalam mentadbir Selangor? Mampukah Azmin menguruskan lebih kurang RM 3 billion simpanan tunai dan RM 60 billion pelaburan milik Selangor?
3) Apakah kita akan melihat satu lagi kelompok penderhaka kepada Sultan.
nampak gayanya ada drama baru lg ler lepas ni..
Kredit : ASSU