Quantcast
Channel: Anak Seberang
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1493

PEGAWAI TINGGI POLIS. RENUNG LAH RENUNG LAH........ kami yang hina.

$
0
0
Pic hiasan

MAMPU TELAN AIR LIUR SAHAJA dan MENITIS AIR MATA AJA.

 Saya terkenang semasa hidup saya sebagai seorang constable polis. Semasa Hari Raya, aku terpaksa berdiri pacak di rumah seorang pegawai polis yang berpangkat tinggi kerana menjaga keselamatan rumah nya. Seorang sentry.

 Ku hanya mampu memandang keriuhan orang ramai bertandang ke rumah nya dna hanya KU MAMPU MENGHIDU KEENAKKAN BAU SATAY yang di bakar.

Ketawa riang ria di dengar dengan salam Selamat Hari Raya. Tetapi aku yang berdiri kaku dan terpacak di rumah nya hanya mampu menelan air liur aja.

TIDAK ADA SE CAWAN AIR PUN DI BERIKAN KEPADA KAMI ANGGOTA PANGKAT RENDAH. TIDAK DI PEDULIKAN LANGSUNG. TIDAK DI BERIKAN AIR SETEGUK. KITA ANGGOTA PANGKAT RENDAH DI PANDANG HINA. DI PANDANG SIAL. DI PANDANG TIDAK BERGUNA.

Aku pada masa itu bukan minta sangat air , tetapi aku minta bahawa pegawai tinggi polis itu sedar, kerana kami lah anggota pangkat rendah, maka beliau dapat tidur enak dan selamat. Kerana kamni lah tugas akan selesai.

Sampai hari ini aku tak RESPECT pegawai polis pangkat tinggi itu. Aku tak mahu namakan dia.

Dia dah pencen pun sekarang dan dah tua tetapi kebencian aku terhadap perangai nya masih berkobar kobar sehingga hari ini kerana aku tidak di beri secawan minuman di pagi Raya dan di pandang hina.
-SUMBER

*Mungkin ini hanya kes terpencil sahaja. Ramai lagi pegawai utama Polis peringkat tinggi yang humble serta amat mesra dan mudah didekati.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1493