DALBINDER SINGH HARUS BERTAUBAT - DITAHAN PERSOAL HAK MELAYU DAN RAJA-RAJA
Anak saudara kepada mendiang Karpal Singh merupakan individu terbaru berdepan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 gara-gara kenyataannya berhubung hak bumiputera dan monarki.
Dalbinder Singh, 24, ditahan malam tadi kerana mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja dalam laman Facebooknya baru-baru ini.
Pada 10.40 malam tadi, beliau memuatnaik status di laman Facebook mengatakan beliau ditahan bagi siasatan hasutan dan menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.