MALAYSIA : DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG
Assalamualaikum wbt buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga semuanya cerita sokmo. Keadaan di negara kita hari ini amat membimbangkan dan sungguh merisaukan terutama kpd generasi muda.
Kita sering diberikan sebahagian fakta manakala sebahagian lagi fakta tidak diceritakan seumpama ayat al-Quran dan al-Hadith yg hanya dibaca dan diguna sebahagian utk kepentingan agenda peribadi dan politik mereka semata.
Ada pihak yg selalu berceramah dan menulis membandingkan negara Denmark dgn negara kita dan meletakkan Denmark sbg contoh negara terbaik kononnya. Ada sebahagian drp kita yg MUDAH PERCAYA membabi-buta walhal ada perkara yg disembunyikan.
Tahukah semua bhw Denmark boleh buat spt apa yg dikata kerana :
1) Cukai pendapatan antara yg paling tinggi di dunia sehingga 51%.
2) Cukai syarikat/perniagaan antara sehingga 27%-42%.
3) Cukai perolehan pelaburan saham sehingga 42%.
4) Cukai/Levi pekerja asing sehingga 38%.
5) Cukai GST/VAT sehingga 25%.
6) Denmark masyarakatnya bukan berbilang bangsa dan kaum.
7) Keluasan dan pendapatan negara Denmark bukan spt negara kita.
8) Malaysia dlm kategori negara membangun manakala Denmark dlm kategori negara maju.
Apakah buah epal boleh dibuat bandingan dgn buah rambutan? Namun itulah kononnya fakta yg selalu pihak Pembangkang di Malaysia gunakan! Kenapa? Kerana mereka gunakan utk kepentingan politik bg meraih sokongan.
Dulu ramai yg berceramah membezakan negara kita dgn negera Sweeden namun sekarang semuanya senyap sepi apabila ada rakyat Malaysia yg dipenjarakan di sana kerana merotan anak yg tak mahu mengaji! Terima kasih dan syukur kpd Kerajaan Malaysia yg berusaha keras menyelesaikan kes tersebut sebaiknya.
Rakyat Malaysia juga ramai yg mudah diperkudakan. Lihat sahaja sebahagian drp kita yg suka berarak dan buat demonstrasi tanpa mengetahui fakta sebenar.
1- Perarakan Lynas yg kononnya tidak selamat (walhal hingga skrg semuanya ok)
2- Perarakan Oren yg kononnya FELDA akan bangkrap (walhal lebih 10 thn FELDA se
makin teguh dan kini mempunyai bangunan pencakar langit sendiri)
3- Siri Perarakan BERSIH yg kononnya pihak kerajaan tidak telus dlm pilihanraya (walhal pilihanraya mereka lagi teruk dgn insiden baling kerusi, tipu dan sorok kertas undi, rasuah pengundi dan lain-lain lagi)
4- Dan pelbagai perararakan lagi yg sengaja dibuat bagi menjadikan negara ini huru-hara demi kepentingan politik mereka!
Di Malaysia sbg contoh. Ramai yg sudah bising di sana-sini apabila cukai GST akan dikenakan sebanyak 6%. Kalau itu pun kita dah bising dan buat demonstrasi haram maka bgmn kerajaan mahu bg semuanya percuma mcm negara Denmark???
Tepuk dada tanya hati. Tepuk hati tanya iman. Berfikir secara rasional bukannya emosional demi masa depan bersama.
Kita mesti bersatu tanpa mengira ideologi politik. Kita mesti menyokong segala kebaikan yg dilakukan oleh pihak kerajaan dan menggunakan saluran yg ada sekiranya kita tidak bersetuju. Bukannya melalui perarakan dan demonstrasi haram yg hanya mengundang berjuta kemaluan dan keburukan!
Sayangi Malaysia, Cintai Keharmonian kerana negara ini tempat tumpah darahnya kita!
Salam Keharmonian,
Gerakan Rakyat Prihatin