Aku tertarik mendengar ulasan YB Shabery Chik berhubung memasang bendera Malaysia di rumah dan bangunan. Beliau berkata untuk menjadikan peraturan dan undang undang bagi menwajibkan pemilik rumah dan bangunan memasang bendera di hari kemerdekaan perlu kajian mendalam.
Pandangan aku. Kalau kita mahu rakyat Malaysia menjadi warganegara yang taat pada negara tidak perlu lagi membuat kajian dalam hal kewajiban memasang bendera.
Indonesia telah berjaya mendisplinkan rakyatnya sejak mereka merdeka dalam menwajibkan rakyatnya mengebarkan bendera semasa menyambut hari kemerdekaan kerana ialah telah menjadikan peraturan amalan tersebut.Siapa yang engkar akan di denda.