Quantcast
Channel: Anak Seberang
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1493

Panas! T.Mohan Ketua Pemuda MIC Ditahan Polis

$
0
0

Ketua Pemuda MIC T.Mohan di tangkap polis kerana menghalang pihak DBKL dari merobohkan kuil di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Pemuda MIC, T.Mohan ditahan polis ekoran tindakan mempertahankan sebuah kuil dari di robohkan.

Beliau dibawa menaiki kereta polis dengan bergari.

Semua jawatankuasa kuil pula duduk di tempat berhala iaitu bahagian terakhir sebelum kuil itu dirobohkan.

Suasana bertukar tegang di kuil Hindu itu apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL memecah masuk untuk membina tembok dalam kuil tersebut bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan bangunan Hap Seng.

Ia ekoran dari Pegawai Khas Menteri Bandar Tengku Adnan enggan untuk memberikan notis rasmi dari DBKL bagi kerja-kerja pemasangan tembok yang memakan kira-kira keluasan 8 kaki dalam kuil, di Jalan P. Ramlee.

Keadaan bertukar tidak terkawal apabila terdapat pergaduhan antara komuniti, MP Klang dan polis.TMI


A.S HARAP POLEMIK INI DAPAT DISELESAIKAN DENGAN CARA YANG BAIK TANPA MENIMBULKAN ISU YANG BERPANJANGAN. MEREKA SEHARUSNYA PERLU FAHAM BAHAWA KUIL TERSEBUT TELAH MENCEROBOH TANAH DBKL.
P/S; KITA TUNGGU APA PULA REAKSI TIMBALAN MENTERI DISAYANGI DS NAJIB IAITU WAYTHAMOORTHY DALAM HAL INI.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1493