Quantcast
Channel: Anak Seberang
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1493

Kisah Benar Rahsia Bangla Memperolehi Pendapatan Hampir RM6,000 sebulan!

$
0
0

Baca cerita menarik di bawah:

Zaheer atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein baru berumur 23 tahun. Datang ke Malaysia dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat potong rumput di sekitar Subang Jaya. Kerja beliau dari 8 pagi sehingga 2 petang setiap hari dan dibayar sebanyak RM1000 sebulan dengan cuti setiap hujung minggu.

 Beliau menggunakan masa selepas 2 petang untuk memotong rumput dan berkebun di rumah-rumah sekitar USJ. Tiada harga tertentu ditetapkan tetapi purata setiap hari antara 2 petang hingga 7 malam beliau mampu untuk memotong rumput di 5 buah rumah bersaiz sederhana. Puratanya beliau dibayar sebanyak RM25 untuk sebuah rumah.

 Anggaran beliau memperolehi sekitar RM125 sehari (hari biasa) dan RM300 sehari untuk hari hujung minggu. Anggaran pendapatan seminggu beliau RM625 (weekdays) + RM600 (weekend) = RM1225 seminggu (untuk kerja partime ini). Anggaran pendapatan sampingan sebulan = RM4,900 Pendapatan kerja tetap sebulan = RM1000 Anggaran Pendapatan Sebulan RM5,900

 Dengan rumah berkongsi 10 orang, kenderaan hanya basikal dan beliau telah tinggal di Malaysia selama lebih 3 tahun. Saya rasa beliau mempunyai simpanan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan graduan universiti ternama luar negara yang telah bekerja di Malaysia selama 3 tahun. 

Fikirkannya

 SAIFUL NANG

A.S nak tambah, yang rakyat Malaysia terutamanya segelintir orang melayu kerjanya asyik nak salahkan kerajaan bila miskin. Asyik salahkan kerajaan bila dalam kesusahan sedangkan kita harus membuka mata bahawa peluang memang terhidang depan mata hanya diri kita sahaja yang mampu untuk merubahnya. Pendatang asing juga bijak ambik peluang seperti contoh di atas.
Ayuh yang mana berkemampuan dan sihat tubuh badan, mari kita berubah!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1493