Quantcast
Channel: Anak Seberang
Viewing all 1493 articles
Browse latest View live

'Terbaiklah'! Sekolah Diminta Buang Tulisan Jawi..

$
0
0



Begitulah senario yang melanda negeri tanah tumpah darahku dewasa kini iaitu Pulau Pinang. Aku tak mahu mengulas panjang, cuma harapkan para pembaca dapat bijak mentafsirkannya.

Cuma apa yang ingin ditekankan di sini, tulisan jawi hanyalah tulisan semata mata namun bahasanya tetap melayu bukannya melibatkan agama pun. Pihak Kristian nampaknya menangguk di air yg keruh terhadap apa yg berlaku di negara kita sekarang ini.

Apa yang penting aku pohon pihak Jabatan Pelajaran Negeri dapat masuk campur untuk menjernihkan isu ini. Pada aku tiada sebarang masalahpun diletakkan tulisan jawi di papan tanda sekolah tersebut.

Apa pula perasaan kaum cina jikalau Sekolah Milik kementerian Pendidikan melarang tulisan cina di Papantanda sekolah mereka kalau kita berbicara pasal hak?


Terkini. Lori Tangki Membawa Petrol Kemalangan Dan Menyebabkan Letupan di Lebuhraya Timur Barat

$
0
0
Sebuah lori tangki yang membawa petrol milik sebuah syarikat minyak terbalik di batu 9 jalan Jeli ke Grik tengahari tadi, menyebabkan lori tersebut terbakar yang memusnah kan hampir keseluruhan lori tersebut. 

Nasib pemandu tidak dapat di pastikan, anggota bomba dari Balai Bomba berhampiran berjaya memadam kebakaran lori tersebut, punca kejadian masih disiasat

Mat Said Songlap Bantuan Untuk Mangsa Banjir? Biar Betul??

$
0
0

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kecewa apabila terus difitnah dan dituduh dengan tuduhan tidak berasas oleh pihak tertentu yang dilihat mahu menjatuhkan reputasinya.

Yang terbaharu, beliau didakwa telah menyeleweng bantuan pihak istana untuk mangsa banjir di Kemaman.

Sebuah laman sosial 'Pakatan Rakyat Election News’ mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook pada Isnin lalu dengan mendakwa bantuan tersebut tidak diagih sebaliknya disonglap oleh menteri besar sehingga menimbulkan kemurkaan pihak istana.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ahmad menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak munasabah.

"Saya tidak tahu apa motif mereka. Sedangkan ketika itu saya ada bersama Tuanku semasa majlis bantuan penyampaian barangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Cukai dan Sekolah Kebangsaan Seri Iman di Kemaman," katanya.

Beliau berkata beliau kesal kerana susulan kenyataan tidak berasas itu, ramai pengguna Facebook memberi komen negatif dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak wajar kepada beliau.

Ahmad berkata beliau akan menilai dan mengkaji perkara itu sebelum membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya. - Bernama


A.S KATA MUDAH SAHAJA, PUAK PAKATAN DAN FITNAH BERPISAH TIADA. SEHARI MEREKA TAK FITNAH, TAK MAKI HAMUN SERTA TAK MENGADU DOMBA MAKA TAK TENTERAM HIDUP PUAK PAKATAN LAKNATULLAH NI.

DIHARAPKAN MAT SAID AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP ADMIN PAGE FB PAKATAN RAKYAT ELECTION NEWS INI. MEMANG RUTIN HARIAN KEREKA MEMFITNAH SAJALAH. BAGI AKU INI SUDAH KETERLALUAN PABILA MENUDUH YANG BUKAN BUKAN TANPA DISERTAKAN BUKTI YANG KUKUH.

Lagi Kisah Arahan Turunkan Papan Tanda Jawi. Mengapa Dah Lebih 10 Tahun baru didesak?

$
0
0
Aku harapkan pihak JPN dan pengurusan sekolah tidak melayan desakan ini.
Mereka harus sedar bahawa segala keperluan, kelengkapan dan staff semuanya disediakan oleh Kerajaan Pusat.
Seolah-olah ada agenda tersembunyi di sebalik desakan ini.


Kereta Mewah 'Sultan Melaka' Siap Dengan Nombor Pendaftaran Diraja serta Gambar sidang media di 'Opis Rong Seri' beliau

$
0
0

Kereta Raja Noor Jan Shah yang mendakwa dirinya Sultan Melaka...
Dunia Oh Dunia Siap letak plet kuning lagi yang ada nama 'Baginda'.
Persoalannya, bagaimana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh membenarkan kereta ini berada di atas jalan raya di Malaysia kerana tiada plet nombor yang sah?
Takkan nak tunggu laporan dibuat baru hendak mengambil tindakan?
Jika benar Raja Noor Jan mendakwa dirinya adalah Sultan Melaka yang sah, biarkan pihak yang berkenaan yang memutuskannya barulah beliau layak menggunakan plet nombor tersebut.
Kita tak mahu undang-undang negara ini dilihat penguatkuasaanya terlalu lemah sehinggakan hal seperti ini pun gagal untuk menanganinya..


SIDANG MEDIA SULTAN MELAKA-BALAI RONG SERI OPIS DIA :- "Apa Yang Beta Mahukan Adalah Hak Beta Sebagai Sultan Melaka.Beta Berjanji Tidak Akan Cuba Mengganggu Sistem Beraja Dan Raja-Raja Lain Serta Mengekalkan Perlembagaan Negara.Beta Enggan Mencampuri Urusan Politik Negara Yang Sedia Ada..." - Dymm Melaka?

"AYER KEROH: Kerajaan Melaka menolak perakuan mana-mana individu yang mengaku sebagai Sultan Melaka, tegas Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat exco kerajaan negeri, semalam, sekali gus tidak mengiktiraf mereka yang kononnya mempunyai hak memerintah negeri ini menerusi sistem beraja.

"Kita sudah membuat keputusan secara berfakta untuk menolak sebarang usaha mendapatkan pengiktirafan oleh mana-mana pihak mengenai kesultanan Melaka termasuk pihak yang baru-baru ini menggemparkan masyarakat dengan upacara pertabalan raja Melaka kepada seorang individu.

"Apa juga bentuk dokumen yang ditunjukkan kepada kita adalah tidak sahih dan tidak boleh diterima pakai, termasuk sehelai kertas yang kononnya surat pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)," katanya dipetik Berita Harian.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya hairan mengapa ada lagi individu yang kurang siuman sekarang ini, malah individu yang mengaku sebagai Sultan Melaka ini tidak dilahirkan di Melaka pun dan saya difahamkan beliau turut menuntut untuk menjadi sultan di beberapa negeri lain.

"Bagaimanapun, saya yakin perkara ini berlaku berikutan Melaka kini sudah nampak kemajuannya dan insiden ini tidak berlaku ketika negeri ini digelar Sleepy Hollow satu ketika dulu.

"Mungkin kerana Melaka pada ketika itu tidak nampak kualitinya, tetapi sekarang bila dah cantik dan menarik, ramai pula yang hendak tuntut,"selorohnya.

Beliau mengulas dakwaan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah yang mengaku sebagai Sultan Melaka ke-44, dan dikatakan berjaya mendapat pengiktirafan daripada ICJ mengenai tuntutannya menduduki takhta raja di negeri itu.-Antarapos"

Terbongkar Rahsia Kenapa Kristian Bersungguh-Sungguh Mahu Gunakan Kalimah Allah !

$
0
0

Di Malaysia ketika ini masih terdapat kelompok umat Islam memandang remeh isu desakan orang bukan Islam untuk dibenarkan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan ajaran agama mereka. Malah kelompok ‘liberalist’ dan ‘pluralist’ Islam ini menggesa pula umat Islam supaya tidak perlu khuatir jika bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah tersebut atas alasan kononnya gambaran ancaman kegelinciran akidah umat Islam adalah sebenarnya hanya datang dari orang Islam yang lemah iman semata-mata.

Sebenarnya kekhuatiran dan kewaspadaan itu sangat berasas serta munasabah. Penentangan terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam ini bukan datang dari mereka yang lemah iman tetapi hadir dari mereka yang sangat arif tentang agama, dakwah dan permasalahan umat Islam termasuk dari kalangan para mufti dan ulama pelbagai parti politik.

Majlis-majlis agama Islam negeri sendiri juga telah bertindak memohon kebenaran untuk mencelah dalam semakan kehakiman terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Puan Lau Bee Lan pada 5 Mei 2009 yang telah memberikan kebenaran kepada Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam untuk memohon bagi semakan penghakiman terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan “Herald - Catholic Weekly.

Pada 21 April 2008, Pakiam telah memohon semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar keputusan Kerajaan Malaysia yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald - The Catholic Weekly.

Beliau kemudiannya mengemukakan semula permohonan baru pada 16 Februari 2009 selepas permohonan serupa sebelum itu telah dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.



Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika memohon semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Kerajaan Malaysia yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald - The Catholic Weekly.

Langkah pihak berkuasa melalui majlis-majlis agama Islam negeri ini sebenarnya adalah bertujuan mengelakkan sebarang kekeliruan di dalam beragama sebagai akibat daripada penggunaan kalimah ‘Allah’, yang boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam serta boleh menimbulkan sensitiviti agama.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.2

Memang kita mengetahui bahawa kalimah ‘Allah’ ini turut digunakan oleh bukan Islam di negara-negara Arab dan negara jiran kita, Indonesia untuk merujuk kepada Tuhan mereka, bahkan sebelum kehadiran risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. lagi.

Walaupun larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam ini tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan al-Hadis, serta mana-mana kitab fiqh muktabar namun tindakan menyekat penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada bukan Islam di negara ini sebenarnya menepati kehendak 'Siyasah Asy-Syar’iyyah'3.

Pihak berkuasa boleh berijtihad atas dasar ‘Masolih Mursalah4 iaitu kemaslahatan-kemaslahatan yang tidak ada dalil mengakui dan menolaknya, dan ia menepati tuntutan ‘Maqasid Syariah’5 (tujuan syarak) iaitu ‘Hifzu ad-Din’ (memelihara agama).


Kita juga amat menyedari bahawa di sana terdapat alasan yang amat munasabah dan kukuh untuk mewujudkan kewaspadaan dalam isu ini kerana dapat difahami penggunaan kalimah ‘Allah’ merupakan salah satu strategi terancang oleh pihak gereja untuk menyebar luaskan agama Kristian di Malaysia, dan di negara-negara bukan penutur jati Bahasa Arab dan memurtadkan umat Islam terutama bagi mereka yang masih lemah akidah dan pengamalan agama.


Ia dapat dibuktikan menerusi pendirian sebuah organisasi pendakyah Kristian, The People of the Bookyang termuat dalam risalah strategi mereka. Walaupun mereka sendiri mengakui bahawa kalimah ‘Allah’ di dalam al-Quran tidak memiliki maksud yang sama dengan ‘God’ di dalam Bible, namun organisasi ini berpendapat penggunaannya amat berkesan untuk memurtadkan umat Islam sebagaimana telah dijelaskan oleh mereka seperti berikut:

“We believe that it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible and there are other Quranic teachings that may actually be misunderstood by Christians and Muslims. Of course, the Holy Bible is the only and complete authority for everything pertaining to doctrine and lifestyle. We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute. It is the translation of the word “God” in Arabic. Joshua Massey has written an excellent summary about this topic. This does not mean that Allah in the Qur’an is exactly the same as the God of the Bible.” 7

John Hultvall, seorang mubaligh Mission Covenant Church of Sweden yang terlibat dalam misi pengembangan agama Kristian di Turkestan timur (kini wilayah Xinjiang, China), sebuah kawasan berpenduduk majoriti Islam, juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan dalam kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam.

Hultvall, dalam kata pengantar bukunya, Mission and Revolution in Central Asiamenulis:

“It is questionable whether a description of mission work among Muslims should use the name of “Allah” and not “God”. Some Muslims mean that “Allah” should be translated by “God” in western languages. The missionaries always use the word “Allah” and this usage has been observed here too.” 8



Selain itu, Kevin Greeson, yang juga seorang mubaligh Kristian juga telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ!. Buku ini telah dijadikan panduan oleh mubaligh-mubaligh International Mission Board (IMB) khusus untuk memurtadkan umat Islam.





Buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ! karya mubaligh Kristian, Kevin Greeson yang menjadi panduan kaedah bagi memurtadkan umat Islam termasuk melalui penggunaan kalimah ‘Allah’.



Kaedah ‘The Camel’ dalam penyebaran agama Kristian kepada orang Islam, antaranya ialah penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan agama Kristian.


Walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ ini dikritik dan kurang disenangi oleh kalangan pemimpin dan penganut agama tersebut sendiri namun disebabkan oleh muslihat terselindung yang mampu memberi manfaat kepada dakyah mereka, maka ia tidak dianggap sebagai sesuatu isu besar. Mereka menjadikan penggunaan kalimah ‘Allah’ ini sebagai suatu ‘jambatan’ untuk mendekati serta memurtadkan umat Islam di seluruh dunia.



Pengarah Misi untuk The Corpus Christi Baptist Association di Texas, Edd Jump mengakui keberkesanan kaedah ‘The Camel’ ini sekalipun dia secara peribadi tidak selesa dengan penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan.




Seorang baptis Georgia seperti dilaporkan oleh portal The Christian Index, mendakwa kaedah ‘The Camel’ telah menjadi pendekatan yang sangat berkesan sepertimana dapat disaksikan terhadap umat Islam di Amerika Syarikat. Baptis itu berkata: “Sebahagian orang menggunakan pendekatan ini dalam komuniti kita dalam perkara asas harian dan mereka melihat tindak balas yang hebat.”




Sementara itu, Presiden The Christian Index IMB, Jerry Rankin dipetik sebagai berkata:

“What our missionaries are doing with ‘The Camel’ is much like what Paul did when he went to Athens. He saw an altar ‘To The Unknown God’ and stated, ‘him declare I unto you.’ In seeking to reach the Muslims, you start with where they are and with their worldview and bring them to the bridge, to the passage in the Qur’an that speaks of Isa (Jesus) and then take them to the gospels. Of course, the Bible is the inspired Word of God and you pray and trust the Holy Spirit to reveal the truth about Christ to them.” 9


Kita juga didedahkan dengan laporan cover story majalah Christianity Today dalam keluaran Februari 2011 yang bertajuk Muslims and the “Son of God”.10 Di mana laporan ini secara tidak langsung telah membongkar rahsia sebenar niat jahat pihak Kristian untuk “use religious vocabulary familiar to Muslims” (mengguna istilah-istilah agama yang biasa untuk umat Islam) supaya memudahkan kerja-kerja dakyah mereka.





Majalah berkala Kristian Evangelika, Christianity Today keluaran Februari 2011 telah memuatkan laporan cover story bertajuk Muslims and the “Son of God” turut menyentuh strategi penggunaan kalimah 'Allah' dalam penyebaran agama Kristian di kalangan umat Islam. 



Walaupun sebahagian besar dari pihak paderi sendiri menentang usaha untuk mengguna istilah-istilah yang “familiar to Muslims”, dan mereka ini “…charge their colleagues with compromise that undermines belief in Jesus Christ”, namun kerana niat jahat mereka untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam, maka penggunaan istilah itu tetap diteruskan.



Dalam perbincangan di kalangan mereka yang melakukan kerja-kerja dakyah Kristian di negara-negara majoriti umat Islam tahun sebelumnya, telah diperakui bahawa usaha mengelirukan umat Islam dengan istilah-istilah ini telah berjaya dengan “many thousands of Muslims in this nation alone, then, had found faith in Jesus” (ribuan telah berjaya dimurtadkan).



“This nation” ini merujuk kepada sebuah negara Islam yang dirahsiakan namanya dari disiarkan dalam majalah tersebut. Mungkinkah negara tersebut ialah Malaysia?



Artikel tersebut juga memetik seorang missiologist (pakar dakyah mereka yang telah melakukan kerja-kerja ini di Asia dan Afrika sejak 1977 lagi) yang berkata “Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being “resistant” to the gospel, when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks”. Maka secara tidak langsungnya, kini mereka percaya bahawa mereka telah dapat melepasi satu “halangan” linguistik untuk kerja dakyah kepada umat Islam (di Malaysia).



Dan dia merumuskan “Once these are removed, many Muslims are quite open and interested in knowing more about Jesus”.



Kisah penggunaan istilah Allah juga disabitkan sebagai suatu kejayaan mereka untuk membuka minda umat Islam untuk menerima dan membaca Bible – “Muslims reading Scripture for the first time won’t immediately reject the Bible as foreign to their culture”.



Dengan itu, apa yang kita lihat berlaku di negara kita dengan usaha mereka mengguna istilah-istilah seperti kiblat, Kaabah, solat, dan beberapa lagi adalah di antara usaha mereka untuk “strategically changed particularly challenging phrases”.



Menurut tulisan itu lagi, mereka juga ada missionari khas untuk “discipling Muslims” dengan program latihan “teaches missionaries what Muslims believe so they can minister to them effectively”.



Oleh kerana itu, sedarlah mereka yang “memperjuangkan” kebebasan untuk mengguna istilah-istilah yang lazimnya digunakan oleh umat Islam di negara ini, bahawa bukannya kebebasan yang mereka cari tetapi usaha untuk memurtadkan umat Islam yang menjadi matlamat mereka.11


Mengapakah pihak Gereja Katolik tidak mahu menggunakan istilah Tuhan, ‘God’ atau ‘Lord’ dalam penerbitan mereka, sebaliknya mahu bertegas menggunakan kalimah Allah. Puak-puak ini sanggup untuk turun naik mahkamah hanya sekadar inginkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.12 



Semoga dengan pendedahan ini dapat sedikit sebanyak menyedarkan umat Islam terutama kepada mereka yang masih keliru dengan agenda tersembunyi musuh Islam dalam penggunaan kalimah ‘Allah’ ini.


Ambillah peringatan Allah Taala dalam al-Quran seperti berikut:






“Orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada engkau". [Surah al-Baqarah: 120]





[1] Akhbar Herald - The Catholic Weekly, pada tahun 2009 berdepan masalah berikutan larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk penerbitan edisi Bahasa Malaysianya yang menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.



Pada 16 Februari 2009, Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam sebagai penerbit akhbar berkenaan telah mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 21 April 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.



Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) telah memohon sebagai pencelah dalam semakan kehakiman tersebut.



Bagaimanapun, dalam penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 telah memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan kalimah 'Allah' adalah salah di sisi undang-undang.


Penghakiman tersebut mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya, kemudian digantung sementara menunggu rayuan kerajaan yang berhujah bahawa kalimah 'Allah' adalah eksklusif kepada umat Islam.


[2] Fatwa rasmi oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai isu tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ ini boleh dibaca di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah


[3] Perkataan ‘siyasah’ (سياسة) dari sudut bahasa bermaksud “mentadbir sesuatu perkara dengan baik” atau “pemerintah mentadbir urusan rakyat”. Perkataan ‘syar‘iyyah’ (شرعية) pula berasal dari perkataan ‘syari`at’ (شريعة) dalam Bahasa Arab, yang dalam penggunaan biasanya diertikan sebagai “sumber air minum atau pembawaan yang jelas”.


Menurut sudut istilah, para fuqaha’ (ahli-ahli fiqh) pula mentakrifkan ‘Siyasah Asy-Syar‘iyyah’ (السياسة الشرعية) sebagai “tindakan pemerintah terhadap sesuatu perkara kerana mendapatkan suatu kemaslahatan walaupun tindakan itu tidak mempunyai dalil pada juzu’nya.” Dalam penakrifan lain mereka berkata “menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut  ketentuan syarak.”


Siyasah Asy-Syar`iyyah ialah ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undang-undang dan sistem yang  berasaskan kepada asas-asas Islam atau mentadbir urusan umum negara Islam dengan cara yang membawa kebaikan kepada manusia dan mengelakkan mereka daripada kemudharatan, tanpa melanggar sempadan syarak dan asas-asas kulliah walaupun dalam perkara yang tidak disepakati oleh ulama mujtahidin. [Abdul Wahab Khallaf: Siyasah Syar`iyyah Aw Nizam al-Daulah Islamiyah Fu Syu Un al-Dusturiyah wa al-Kharijiyah wa al-Maliyah; Kaherah, Dar al-Ansar. hlm.18]


[4] ‘Masolih Mursalah’ (المصالح المرسلة) dari segi bahasa bermaksud “suatu keadaan yang sesuai untuk diadakan hukum syarak kerana boleh mendatangkan kebaikan atau menjauhkan daripada keburukan.” Menurut istilah, ia bermaksud “membuat sesuatu hukum dan undang-undang yang baik dan berfaedah untuk kepentingan manusia dan masyarakat yang tidak ada sebarang nas untuk dijadikan bukti dan dasar sama ada ia boleh dilaksanakan, harus atau tidak boleh dilaksanakan.” [Abdul Karim Zaidan. 1994. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah al-Risalah. Cet 4. hlm. 237]


[5] ‘Maqasid’ merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melaksanakan sesuatu. Maqasid asy-Syariah’ (مقاصد الشريعة) merupakan matlamat atau objektif utama yang diletakkan dalam mensyariatkan hukum. Terdapat 5 perkara asas dalam ‘Maqasid Asy-Syariah’ dalam konteks perjuangan menegakkan agama hari ini iaitu:


(1) Memelihara agama, Hifzu ad-Din (حفظ الدين), (2) Memelihara nyawa, Hifzu an-Nafs (حفظ النفس), (3) Memelihara akal, Hifzu al-Aqli(حفظ العقل), (4) Memelihara keturunan, Hifzu an-Nasl (حفظ النسل), dan (5) Memelihara harta, Hifzu al-Maal (حفظ المال).


[6] The People of the Book ialah sebuah organisasi yang giat menjalankan pengembangan kepercayaan agama Kristian kepada umat Islam yang boleh bertutur dalam Bahasa Sepanyol. Sila rujuk  http://www.thepeopleofthebook.org/about.html


[7] The People Of The Book - Following Isa along the straight path, Strategy Brochure. Risalah dakyah Kristian ini boleh dimuat turun di http://www.thepeopleofthebook.org/PofB-PDF/PofBbrStrat.pdf


[8] John Hultvall, Mission and Revolution in Central Asia, Preface by the Author 1981hlm. 7. Tulisan ini boleh dimuat turundi http://www.missionskyrkan.se/Svenska-Missionskyrkan/Aktuellt/Material/Mission-and-Revolution-in-Central-Asia-by-John-Hultvall/


[9] Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai perkara ini, sila baca di http://www.christianindex.org/3313.article.print


[10] Untuk membaca keseluruhan artikel tersebut, sila akses kepada edisi online di http://www.christianitytoday.com/ct/2011/february/soncrescent.html


[11] Untuk kupasan asal artikel majalah Christianity Today, Februari 2011 bertajuk Muslims and the “Son of God”, sila baca di http://membelaislam.wordpress.com/2011/04/21/kenapa-tidak-boleh-dibenarkan-pihak-gereja-mengguna-istilah-"allah"-untuk-tuhan-jesus-mereka/ 





Warga Emas 104 Tahun Tinggal Di Atas Bukit Turun Untuk Solat Berjemaah. Kita?

$
0
0

Renungan hari Jumaat. Kaum Adam yang kuat kudrat tu harap faham-faham la..
Walaupun dalam usia 104 tahun Pak Cik ini istiqomah solat berjamaah.
Gambar diambil nov 2012 di Kg Genting Pulau Tioman.
Rumah Pak Cik ini di tengah hutan di puncak bukit jaraknya lebih dari 2km.
Tinggal di puncak bukit, gambar macam dok turun bukit.
 Nak kena menapak 2KM tu....

 Mungkin ini antara wali-wali Allah? Wallahualam.

Kisah Benar Realiti Persaingan Perniagaan Orang Melayu Dan CIna Yang Harus Kita Baca

$
0
0
Pic Hiasan
Semuanya kisah benar yang berlaku kepada aku dan kawan-kawan. Tiada niat untuk menyakiti sesiapa, sekadar berkongsi pendapat dan luahan hati.

KISAH PERTAMA
Kawan Aizat (bukan nama sebenar) mempunyai kedai telefon di Kuantan dan telah beroperasi kebih kurang 10 tahun. Dia terpaksa mengambil stok telefon daripada pelbagai Dealer/Distributor bangsa C kerana takde sumber dari bangsa M. Dari dulu hingga sekarang, banyak masalah yg berlaku apabila berurusan dengan semua Dealer..

1) Senarai harga yang disediakan untuk bangsa M dan bangsa C/I adalah berbeza dan harga untuk bangsa M jauh lebih tinggi. Apabila ditanya, Dealer menjawab senarai harga special hanyalah untuk kedai2 lama. 10 tahun pun masih dikira baru?? dan senarai harga tersebut adalah untuk semua kedai bangsa M sahaja dan tiada istilah baru/lama untuk bangsa C/I.

2) Kedai-kedai bangsa C yang berhampiran menjual telefon kepada pelanggan lebih kurang perbezaan RM5 berbanding harga si Aizat beli daripada dealer. Jadi secara logik akal pun si Aizat terpaksal jual pada customer harga RM20-30 lebih daripada harga kedai bangsa C. Customer sudah tentu tak akan membeli dari si Aizat. Macam mana si Aizat akan maju? dan Berapa sebenarnya harga special untuk Bangsa C/I sehingga perbezaan yang sangat ketara?

3) Jika anda perhatikan, kebanyakkan kedai telefon bangsa C,M penuh dengan telefon di rak kaca dan kedai melayu hanya mempunyai beberapa buah telefon sahaja, itupun yang murah-murah dan yang hot sahaja. Ini disebabkan kedai telefon bangsa C tidak perlu mengeluarkan modal kerana Dealer bangsa C memberi consignment kepada kedai bangsa C. Ambik dulu, bila sudah dijual baru dibayar kepada Dealer. Kedai bangsa M pula terpaksa membeli dengan duit cash dan memang keberatan untuk si Aizat untuk menyimpan stok semua jenis model telefon yang ada di pasaran bernilai beratus-ratus ribu dengan risiko harga telefon semakin turun setiap minggu. Adakah ini strategi perniagaan untuk memonopoli dan mengelakkan bangsa M maju?

KISAH KEDUA

Aku membeli bateri kereta Mercury daripada bengkel seorang kawan berbangsa M pada harga RM285. Harga ini ialah harga special kerana saya sendiri melihat resit pembelian bateri ni oleh kawan tersebut pada harga RM270. Si kawan ni membeli bateri tersebut pada harga dealer daripada Dealer. Selepas dua hari,aku ke bengkel bangsa C untuk beli tayar dan sambil saya buat-buat tanya harga bateri kat kedai tu. Kedai C tersebut jual kepada customer pada harga RM250 sahaja untuk bateri yang sama. Jadi persoalannya..

1) Kenapa kedai bangsa C dapat menjual kepada pelanggan pada harga yg jauh lebih murah berbanding harga bangsa M membeli daripada dealer. walhal bangsa C membeli bateri tersebut juga daripada dealer. Lebih baik si kawan ni beli stok terus daripada kedai bangsa C tersebut berbanding beli daripada Dealer.Berapa sebenarnya perbezaan harga barangan untuk penjual bangsa M dan penjual bangsa C daripada Dealer/ Distributor? 

2) Si kawan ni terpaksa jual kepada pelanggan pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding bangsa C. Jadi dah tentu customer tak akan beli di kedai si kawan ni, jadi perniagaan si kawan ni semakin hari semakin tenat.

3) Adakah situasi ini berlaku untuk semua jenis barangan perniagaan sebab semua barangan di negara kita di kawal oleh bangsa C ? Jika ini berlaku di seluruh negara, maka sampai bila pun perniagaan Trading bangsa M takkan maju.

Video Penyamun Menggelabah Apabila Siren Bank Muamalat Berbunyi Tersebar..

$
0
0
Lihat rakaman CCTV di bawah, tengok betapa ‘gelabahnya’ seorang pencuri apabila alat penggera bank tiba-tiba berbunyi sewaktu dia cuba memecah masuk ke dalam premis tersebut.Kronologi Kejadian Pecah Masuk Bank Muamalat Kampung Raja, Besut pada 7hb Januari 2014 seperti berikut :


1. Jam 4:21 Pagi : Suspek dilihat jatuh terduduk dari arah atas dan senak seketika.

2. Jam 4:22 pagi : Suspek berlegar bagi mencari barang berharga sebelum penggera berbunyi.

3. Suspek yang panik kemudian berlari untuk panjat semula keatas namun terjatuh beberapa kali sebelum berjaya melarikan diri.

Kejadian berlangsung lebih kurang 4minit dan suspek dilihat tidak sempat mengambil sebarang barangan berharga sebelum meninggalkan bank berkenaan. - Guatv.com.my 

Perlu ke Panglima Hassan Malik Buat Repot Polis?

$
0
0

Dimanakah hulubalang Kuala Pilah ini semasa demo Turun pada malam sambutan new year di Dataran Merdeka?

Kemanakah perginya hulubalang Hassan Malik didalam membantah penggunaan nama Allah oleh pihak gereja?

Dalam hal ini aku pun tak bersetuju dengan tindakan 'Afiq Kltown' didalam mengadakan cerita kononnya Menteri KPDNHEP akan meletak jawatan.

Bagi yang berfikiran rasional ini mungkin satu tindakan sarkastik ataupun wake up call dari seorg pejuang Umno di alam cyber utk menyedarkan menteri terbabit agar dalam keadaaan riuh rendah perihal kenaikan harga barang agar beliau dpt melakukan tugas sebaik mungkin agar hati rakyat yg pedih sedikit terubat dgn kenyataan yg berlandaskan fakta dan bijak.

Suka atau tidak, kita sebagai pejuang Umno ni tetap merasakan keperitan pabila pihak lawan mempersendakan kenyataan dangkal yang dilakukan oleh menteri ini.

Apapun alasan Geng Nogori atau Kuala Pilah untuk melakukan police repot terhadap pejuang cyber umno aku tetap tak bersetuju. Ini pendapat ikhlas dari aku.

Puak lawan gelak dan tepuk tangan saja lihat gelagat badut-badut di bawah. Lebih baik hubungi Afiq tu dan selesaikan secara profesional dan berhemah dlm suasana adik beradik. Kalau tak betul nafikan saja dengan buat kenyataan yg keras sebab kita pun dalam adik beradik tak terlepas dari bergaduh sesama sendiri. Maafkan dan tegurlah si Afiq tu.
 Itu saja luahan hatiku jangan pulak Panglima Hassan Malik di atas buat repot polis kat aku. Peace yorr..

Aduhai.. Pasangan Pelajar Tingkatan 2 Kantoi Lakukan Hubungan S3ks Di Tandas Sekolah!

$
0
0
Tenom – Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin. 

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.


Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.

“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.

“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.

“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. Difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.-HM

A.S kata, kita jangan nak tuding jari salahkan sesiapa. Serahkan saja kes ini kepada pihak berkuasa untuk merela diadili dengan sewajarnya. Yang penting semua ibu bapa berikanlah perhatian dan didikan yang terbaik terhadap anak di rumah dan awasilah juga gerak geri anak anda di luar rumah. InsyaAllah, anda akan dapat membentuk anak anak yang berkeperibadian tinggi.

Doktor dan staf Hospital Sungai Buloh Pakat Bengang! Apa kehei nye Yob?

$
0
0

SUNGAI BULOH - Selepas tiga hari pulih daripada masalah tandas kotor dan sampah yang tidak dikutip, Hospital Sungai Buloh berdepan masalah kerosakan pendingin hawa pula yang menyebabkan 12 daripada 22 bilik pembedahan amnya terpaksa ditutup.

Kerosakan itu berlaku selepas kebakaran pada Khamis.Semua pembedahan elektif telah ditangguhkan dan hospital yang merupakan pakar dalam pembedahan saraf, ortopedik dan tulang belakang menggunakan enam buah bilik pembedahan am hariannya untuk prosedur kecemasan bersama dua buah lagi bilik pembedahan di jabatan kecemasan.Selain itu terdapat dua lagi bilik pembedahan di wad bersalin.Pembedahan elektif termasuk pembedahan pinggul dan lutut, pembedahan katarak dan hernia.

Doktor-doktor di hospital itu buntu dan hilang sabar.Beberapa orang daripada mereka mengadu tentang situasi yang berlaku kepada ‘The Star’ dengan berkata tiada sokongan mencukupi daripada pihak berkuasa.“Oleh kerana isu elektrik, kita terpaksa menangguhkan pembedahan elektif.

 ‘Radicare’, yang menyediakan perkhidmatan sokongan perlu bertanggungjawab.“Siapa yang memilih syarikat ini dan mengapa ia dikekalkan selepas berlakunya semua isu-isu ini?,” kata seorang doktor kanan yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.Radicare adalah sebuah syarikat yang telah menyediakan perkhidmatan sokongan bukan klinikal kepada hospital seperti kejuruteraan, penyelenggaraan, linen dan dobi serta pengurusan sisa.Para doktor berkata hospital itu kini hanya menyediakan khidmat untuk kes-kes kecemasan.

“Kami belum mencapai tahap kritikal lagi. Bilangan pesakit yang menduduki bilangan katil adalah sama tetapi kekurangan sokongan adalah sangat mengecewakan,” tambahnya.

Seorang lagi pegawai perubatan berkata beberapa kes kecemasan telah dipindahkan ke hospital lain di Selangor.“Rupa-rupanya sebuah bilik bedah di Hospital Selayang juga ditutup baru-baru ini kerana kekurangan kakitangan pembersihan,” beliau mendakwa. “Pada masa ini suhu di dalam bilik bedah adalah terlalu tinggi untuk menjalan tugas. Sebarang suhu di atas 25°C adalah suhu persekitaran yang tidak baik untuk pembedahan atau prosedur lain.

”Seorang lagi doktor terkejut kerana bilik pembedahan masih belum pulih selepas seminggu dan bertanya mengapa masa yang lama diambil untuk memperbaiki masalah tersebut.Pemeriksaan di tingkat tiga hospital di mana letaknya pintu masuk bilik pembedahan yang tidak digunakan menunjukkan pendingin hawa tidak berfungsi dan peredaran udara yang panas dan lembab.

Keadaan di pintu masuk adalah gelap dan terdapat notis tulisan tangan memaklumkan pesakit dan kakitangan hospital supaya menuju ke bilik pembedahan am harian.Pengawal di situ berkata masalah ini telah berterusan selama kira-kira seminggu.Di dalam bilik itu terdapat penyental perubatan, kotak dan beg plastik sampah hitam yang diisi dengan peralatan.

Sementara itu, pengurusan hospital itu berkata masalah itu berkait dengan gangguan bekalan kuasa atau UPS.“UPS yang baru telah dipesan untuk lapan bilik pembedahan dan akan tiba minggu depan,” kata Pengarah hospital Dr Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan, Jumaat.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan masalah yang dihadapi oleh empat bilik pembedahan lain.Dr Khalid mengesahkan bahawa beberapa kes kecemasan telah dirujuk ke hospital lain.Beliau berkata meskipun menerima tamparan hebat mengenai dua isu iaitu kebersihan dan pendingin hawa, hospital itu masih ‘masih terkawal’ dan keadaan itu sedang dikendalikan.

“Isu kebersihan adalah ia tidak menepati standard kami semata-mata. Bilik mandi tidak begitu bersih seperti biasa dan sebagainya,” katanya.“Kami merawat semua kes kecemasan seperti biasa. Hanya kes-kes elektif yang sedang ditunda,” katanya.

Doktor yang bercakap bagaimanapun menegaskan bahawa pembedahan elektif tidak bermakna prosedur itu tidak penting.Pihak berkuasa hospital enggan mendedahkan jumlah pembedahan elektif dan kecemasan yang dijalankan sebelum berlakunya kerosakan.Ketua Operasi Radicare untuk Hospital Sungai Buloh Aziz Jumri tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat berulang kali.-mstar

A.S HARAPKAN PIHAK YANG BERKENAAN IAITU KEMENTERIAN KESIHATAN DAPAT MENGAMBIL BERAT TENTANG PERMASALAH SEPERTI INI. 

KEKADANG KERAJAAN KITA TERLEPAS PANDANG KONONNYA SUDAH MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KESIHATAN YANG TERBAIK WALHAL HAKIKATNYA MASALAH SEPERTI INILAH YANG MENGHAKIS KEPERCAYAAN DAN SOKONGAN RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH.

SEMOGA MASALAH INI DAPAT DISELESAIKAN SEGERA BAGI HOSPITAL TERSEBUT DAPAT TERUS MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN YANG BERKUALITY KEPADA RAKYAT..

Janda Muda Dicabul Doktor Sangap Di Hospital Semasa Menerima Rawatan

$
0
0


Johor Bahru: “Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.“Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan hubungan seks,” kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di sini.

 Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air.

 Nurul berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini.Menurutnya, sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring sambil memberitahu mahu memeriksa tekaknya.

"Ketika itu, hanya kami berdua di dalam bilik pemeriksaan manakala jururawat berada di luar bilik. Saya tidak bersangka buruk dan mempercayainya kerana dia doktor yang pernah merawat saya sebelum ini.'Selepas tekak saya diperiksa, doktor itu mengarahkan saya membuka baju dan coli sebelum mencabul saya dan mengeluarkan kata-kata berunsur seks sebelum menyuruh duduk sambil mengurut belakang saya," katanya semalam.

Nurul berkata, terkejut dengan kelakuan doktor itu, dia cuba beredar dari bilik berkenaan selepas doktor terbabit mengajaknya melakukan hubungan seks.Menurutnya, ketika bersiap memakai baju, doktor berkenaan memeluknya dari belakang sekali lagi meramas buah dadanya."Malah, doktor juga menarik tangan untuk memegang kemaluan saya.

 Tindakannya itu menyebabkan saya terus keluar dari bilik pemeriksaan."Saya kemudian berjumpa seorang kakitangan hospital di kaunter untuk memaklumkan kejadian itu sebelum dibawa berjumpa seorang pegawai untuk berbincang."Dalam perbincangan itu, pegawai terbabit meminta saya tidak membuat laporan polis atau membuat aduan mengenai kejadian yang berlaku," katanya.

Bagaimanapun, kata Nurul dia memutuskan tidak mematuhi permintaan itu kerana kejadian yang berlaku bukan saja meninggalkan kesan buruk ke atasnya sehingga dia sering berasa sedih dan takut, malah berpendapat doktor itu wajib dikenakan tindakan.

Bagi memastikan keadilan dan keselamatan dirinya serta dua anak perempuannya berusia enam dan tujuh tahun, Nurul membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), di sini, sehari selapas kejadian (20 Oktober).

"Saya serahkan kepada polis menyiasat kes ini dan berharap doktor berkenaan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman setimpal di atas perbuatannya itu."Saya mendedahkan kejadian ini dengan harapan mendapat pembelaan dan berharap sesiapa yang pernah menjadi mangsa doktor itu tampli membuat laporan polis demi maruah dan mengelak kejadian sama kepada pesakit lain," katanya - HM (gambar hiasan)

Cawangan UMNO di seluruh negara harus mengikuti jejak cawangan ini @dzainalabidin

$
0
0


Petang tadi semasa admin dlm perjalanan ke Changkat admin nampak ramai yg berkumpul di rumah Ketua Umno Cwgn Bagan Buaya si Bahagian Nibong Tebal lalu memberhentikan kenderaan utk singgah bertegur sapa dgn penduduk di situ.

Rupa-rupanya pihak Umno Bhgn Bagan Buaya bersama Pemuda cwgn tersebut mengadakan Program Bantuan pendaftaran dan kemaskini maklumat BR1M 3.0 dgn cara online. Respon yg diterima cukup baik kerana dimaklumkan lebih l00 org kg turun beramai2 utk urusan ini. Cara ini lebih baik dan efektif dari kita bersusah payah bantu beri borang yg dilihat di zaman ini agak terkebelakang.

Tahniah satu usaha yg baik dr Umno mendampingi dan membantu rakyat mendptkan bantuan kewangan dari kerajaan BN yg prihatin. Admin tahu banyak cawangan yang dah laksanakan tapi masih banyak yang belum mengadakannya lagi dengan cara yg efektif dan mampu menarik hati rakyat sepenuhnya. Masih ada masa lagi untuk semua cawangan Umno untuk bertindak sebegini. 


Adun Pkr pun muka kulit biawak ambil kesempatan, yang kita pemimpin umno masih ramai yang bersikap alpa dan leka. Ayuh, bangunlah semua lebih 22,000 cawangan Umno yang ada di Malaysia ini.

Keadaan terkini 2 anggota polis yang didakwa dibawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan.

$
0
0

SHAH ALAM - Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti.

Menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia  malam ini, kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta-merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.

Beliau berkata, PDRM memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.

"PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti," katanya.-SH


A.S SOKONG TINDAKAN PANTAS YANG DILAKUKAN OLEH KEPIMPINAN ATASAN PDRM DALAM MENANGANI DAKWAAN SALAH LAKU ANGGOTA MEREKA. JANGANLAH PULA ISU INI DIPOLEMIKKAN DENGAN DIKAITKAN DENGAN POLITIK SEBAGAIMANA MACAI PAKATAN LAKUKAN SEKARANG,

SECARA PERIBADI AKU AMAT HARAPKAN ANGGOTA YANG TERBABIT JIKA SELEPAS DISIASAT DIDAPATI BERSALAH MAKA HUKUMLAH KEREKA DENGAN MEMECAT TERUS DARI JAWATAN. 

INI AMAT PENTING BAGI MEMASTIKAN INTEGRITI PDRM TERUS DAPAT DIPANDANG TINGGI DAN DIHORMATI RAKYAT.

Gambar Rakaman CCTV Warga Emas Gila S3ks Gantung Pakaian Dalam Wanita Di Premis Kecantikan..

$
0
0

Miri: Pengusaha dan pekerja sebuah pusat kecantikan serta refleksologi di Jalan Sida di sini, berada dalam kebingungan selepas mengetahui dalang yang terbabit bagi beberapa kejadian pakaian dalam wanita digantung di depan premis perniagaan itu sejak Disember lalu.

Pemilik premis yang dikenali sebagai Amie, 40-an, membuat penemuan mengejutkan itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang menunjukkan perbuatan itu dilakukan seorang lelaki warga emas yang juga pekerja restoran bersebelahan premis itu.
Amie berkata, setakat ini kejadian sama berlaku sebanyak empat kali sejak pertengahan Disember lalu menyebabkan dia dan 10 pekerja wanita lain sentiasa berjaga-jaga kerana bimbangkan keselamatan mereka diancam lelaki gila seks itu.

Dalam kejadian terbaru semalam, Aimie berkata, dia dan beberapa pekerjanya terkejut apabila mendapati lebih 10 pakaian dalam wanita terpakai seperti coli dan seluar dalam digantung pada bidai di hadapan premis perniagaannya pada jam 9.30 pagi.
Katanya, dia tidak mengetahui motif individu yang melakukan perbuatan itu, namun hasil rakaman CCTV yang dipasang di luar premis itu mendapati ia dilakukan pekerja restoran bersebelahan.

“Saya tidak tahu apa niat lelaki itu kerana selama ini dia langsung tidak pernah bertegur sapa dengan saya atau pekerja saya dan tingkah lakunya yang pelik itu membimbangkan kami,” katanya, semalam.

Katanya, tindakan lelaki terbabit menakutkannya, apatah lagi apabila dimaklumkan pekerjanya bahawa lelaki terbabit sering berlegar-legar di hadapan premisnya hampir setiap hari.

Berikutan itu katanya, dia membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan dan mendapatkan keterangan daripadanya bagi membantu siasatan.

Katanya, setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan, namun pihaknya akan mendapatkan maklumat mengenai identiti suspek dengan majikannya, sekali gus mengenal pasti motif tindakannya.-HM


A.S kata, zaman la ni. Macam-macam 1001 karenah manusia yang pelik-pelik boleh dilihat..
Apatah lagi dengan permasalahan seksual. Masaalah Sungguh. 
Jangan kata Ini semua salah UMNO sudah!!

Melampau sangat dah sekolah Cina ni! Guru Wanita Dilarang Memakai Tudung Ke Sekolah!

$
0
0

A.S amat harapkan Kementerian Pelajaran melalui Pejabat Pelajaran Daerah dapat turun menyiasat kesahihan dakwaan ini. Jika terbukti benar ada jemaah pengurus sekolah yang cuba berkelakuan biadap sedemikian, sepatutnya diambil tindakan segera terhadap pengurusan sekolah terbabit.

Kementerian juga hentikan segala dana dari kerajaan dari sekolah terbabit. Hentikan pembayaran gaji guru yg mengajar di sekolah terbabit dan biarkan jemaah pengurus sekolah tersebut mencari dana sendiri untuk menguruskan sekolah itu. 
Memang cukup kurang ajar, melampau. Ni tak lain tak bukan puak DAP bangsat Laknatullah punya kerja!

Penduduk Kampung Teluk Sengat, dekat sini yang marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim membuka tudung.

Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.

Difahamkan, ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian.

Berikutan ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama, khususnya umat Islam.

"Walaupun saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut memainkan isu agama sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, namun saya berharap pihak berkenaan dapat membendung isu panas ini daripada berpanjangan yang boleh mencetuskan isu perkauman," katanya yang ditemui di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

"Harapan saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa dan mungkin ada sedikit kawalan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.

"Jadi, saya harap pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh seorang penduduk tentang perkara berkenaan.-Utusan

Syabas! Nurul Izzah Sang pemfitnah Disaman!

$
0
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya hari ini menfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkaitan satu kenyataan mengenai pembelian lapan unit kondominimum yang disiarkan oleh sebuah portal televisyen propembangkang.

Beliau dan syarikatnya menamakan Nurul Izzah sebagai defendan pertama dan turut menfailkan saman sama terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution sebagai defendan kedua.Mohamad Salleh menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co pada 24 Disember lepas dan media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini ketika kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng.

Peguam Y. Sheelan yang mewakili Mohamad Salleh dan NFCorp memberitahu pemberita bahawa Hue menetapkan 27 Februari depan untuk pengurusan kes sementara menunggu kesemua defendan menfailkan pernyataan pembelaan mereka.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh mendakwa Nurul Izzah telah membuat satu kenyataan berhubung pendedahan Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli yang menyatakan beliau (Mohamad Salleh) membeli lapan unit kondominium di KL Eco City menggunakan dana awam yang disalurkan kepada NFCorp.Kenyataan Nurul Izzah itu disiarkan di Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012.

Mohamad Salleh turut mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan itu terhadapnya yang membawa maksud bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan wang NFCorp untuk membeli lapan unit kondominium bagi kegunaan peribadinya dan keluarga, bukan untuk syarikat itu.

Beliau mendakwa ekoran kenyataan fitnah itu, reputasi dan kredibilitinya sebagai seorang berpendidikan tinggi, ahli perniagaan dan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dikritik masyarakat.

Beliau menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang kesemua defendan menerbitkan kata-kata fitnah sama terhadapnya selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai. - Bernama

Isu kangkung lebih penting dari 3 perkara ini??

$
0
0

Inilah harga yg perlu dibayar apabila mahu ubah sangat!
Ambik habuan!!
Isu kangkung lebih penting dari masa depan anak melayu mencari ilmu secara percuma?
Isu kangkong lebih penting dari rakyat marhaen yg mencari rezeki tetapi dihalau bak kucing kurap?

Dan paling penting isu kangkung yang hanya sebagai contoh diberikan oleh PM didalam ucapan beliau lebih penting dari kalimah Allah yang digunakan di gereja-gereja??

Risiko bahaya makan sayur kangkung didedahkan..

$
0
0
WAJIB BACA KEPADA YANG MAKAN SAYUR | Suatu hari, di sebuah klinik, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari menderita sakit perut..

Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun demam tak sembuh.

Ibu bapa anak tersebut ditanya oleh Doktor, 'Makanan apa yg budak tu makan oleh anak tersebut selama 2 hari ini?' Ibu bapa budak anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya demam, anak tersebut tak nak makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit-birit, malam tersebut anak itu makan Kangkung Tumis di restoran brsama ibu bapanya. Doktor segera melakukan X-RAY, ternyata dalam usus anak itu telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil2.

Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan pembedahan apapun. Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia.

Setelah diperiksa berulang kali, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung tumis yang paling enak ialah batangnya.

Lintah yang brada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis proses memasak tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Didalam usus budak kecil tadi, lintah hanya perlu masa 1 - 2 hari untuk berkembang biak. Jika ada kluarga atau rakan2 yg mengalami hal tersebut, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (bisa diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati.

Sebarkan kepada rakan, sahabat, keluarga, atau siapapun yang anda kenal menekan SHARE..

SHARE kepada semua, biar semua tahu…

P/s : Semua yang berlaku atas kehendak Allah S.W.T. Sebagai langkah berjaga-jaga, seeloknya kita cuci bersih-bersih sayur kangkung sebelum dimasak. Wallahualam.
-Gambar Hiasan
Viewing all 1493 articles
Browse latest View live